Before this I had said that I'm the one who really love to read a novels. Remember ?
But I also the one who really love to write a short story.
It is the same with the what novelist do.

Everyone have their own dream. And my dream is.....
I hope one day I can be the one of Malaysian novelist !
Lets check out !
My first malay's short story that I have write when I was fifteen.
Sorry if had more mistake
Lets read !
“Mia
bangun! Cepat bangun Kasyaf dah tunggu Mia kat bawah.” Jerit Puan
Katrina. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran suara Puan Katrina yang
mengejutkan anak gadisnya itu. Memang begitulah sikap anak gadisnya .
Sering kali bangun lewat dan mesti dikejutkan.
“Kejap
mama, kenapa pulak Kashaf tunggu kat bawah tu , dia tu menyibuk betul
la.” Balas Mia.
“Hey
Mia, awak yang janji dengan dia nak ambil result sama-sama.” jerit Mama.
‘Betul
ke aku ada berjanji dengan budak tu?’ Bisik Mia di dalam hati.
“Mama cakap dengan Kashaf tunggu kejap Mia mandi.” Balas Mia
malas.
“Cepat
sikit.” Kata mama. Selesai siap Mia terus turun ke bawah dan segera
menyalam tangan mamanya dan meminta diri untuk ke sekolah. “ Mama
Mia pergi dulu ya!” Jerit Mia. Tanpa bersarapan Mia terus ke
sekolah bersama Kashaf. Dia sememangnya takut dan gerun dengun apa
yang bakal dia tempuhi nanti di sekolah.
Kashaf
turut bersalaman dengan Auntie Katrina. “ Shaf pergi dulu ya
Auntie”, kata Kashaf. Mia terus menarik tangan Kashaf dan segera ke
sekolah . Hari ini adalah hari penentuan bagi segala usaha yang telah
dilakukan oleh mereka sepanjang zaman persekolahan .
………………………………………………………………………………….
Sampai
sahaja di sekolah Kashaf terus melangkah masuk ke sekolah, tetapi Mia
masih tercegat. “ Woi Mia cepat lah, apa lagi yang kau tunggu kita
dah lambat ni.” Jerit Kashaf.
Dengan
tergagap-gagap Mia menjawab. “ hey aku takutla. Kejap lagi, tak
pasal-pasal aku pengsan kat sana macam mana? Sapa nak jawab?” soal
Mia.
“Ish
takde pengsan-pengsan cepat masuk, tadi kat rumah nak cepat sangat,
sampai sini takut pula.” Balas Kashaf. Kashaf terus menarik lengan
Mia dan mengajukan sebiji penumbuk ke arah gadis kecil molek itu.
Seperti biasa dia membalas perbuatan teman sepermainannya itu dengan
melanggar tangan lelaki itu. Itulah simbolik mereka sejak dari
kecil.
Begitulah
keakraban mereka yang dibina sejak dari kecil yang diibaratkan
seperti isi dengan kuku. Kashaf sering kali menjadi semangat dan
pendorong buat Mia begitu juga dengan Kashaf yang menjadikan Mia
sebagai pendorongnya. Susah senang, suka dan duka di kongsi bersama.
Segala kelebihan dan kekurangan di kongsi bersama. Mereka menjadi
pelengkap kepada diri masing-masing. Saling melindungi dan sentiasa
bersama sejak dulu lagi.
Mereka
berdua melangkah bersama-sama ke dewan sekolah dan masing-masing
mempunyai matlamat yang sama iaitu memperoleh keputusan yang
membanggakan,10A+. Kerana masing-masing mempunyai cita-cita dan
impian tersendiri di masa hadapan. Harapan mereka juga agar
bersama-sama dapat mengecapi saat indah itu bersama.
Semasa
tiba di dewan rakan-rakan yang lain sedang beratur di kelas
masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Kashaf
dan Mia terus beratur mengikut barisan kelas mereka. Tiba sahaja
giliran Kashaf, dia terus mengambil slip peperiksaannya dan terus
beredar. Kashaf kelihatan tenang melihat keputusannya. Mia di
belakang menjerit-jerit memanggil Kashaf yang sedang beredar itu.
“Kashaf
kau dapat berapa, cepatlah bagitahu aku. Cepatlah, cepat lah. Aku
tak sabar ni.” Jerit Mia. Tiba-tiba namanya dipanggil. Mia
tersentak, langkahnya di atur menuju ke arah guru kelasnya yang tidak
menunjukkan sebarang reaksi. Langsung tak ada tanda-tanda cemerlang
atau teruk. Sampai di hadapan Cikgu Kalila, Mia mencapai slip itu.
Matanya sekilas memandang dan beredar tanpa reaksi.
Kelihatan Kashaf sedang berdiri di sebelahnya. “Hey Mia amacam
result kau. Gempak tak? ” Tanya Kashaf.
“kau
dulu bagitau aku, Baru adil. Aku yang tanya dulu tadi kan?” Balas
Mia.
“Oklah
aku bagitau, Kalau bantah pun, kau menang juga kan? aku dapat,dapat…”
Kashaf cuba untuk mempermainkan sahabatnya itu.
“
Dapat,dapat,… dapat apa? ” Soal Mia geram. Lengan Kasyaf di
cubitnya penuh sempurna rasa sakitnya.
“
Ish sakitlah, sabarla aku nak cakaplah ni, aku dapat 8A 2B”, balas
Kashaf sambil mengusap-usap lengan yang dicubit Mia tadi . Mia terus
menunjukkan slip peperiksaannya kepada Kashaf sambil tunduk ke bawah
sebagai tanda kekalahannya kepada Kashaf kerana hanya dapat
memperolehi 7A 3B.
“
hey oklah ni kau pun cemerlang. Tapi aku pandai jugak kan?” Sempat
lagi dia membangga diri di hadapan Mia.
“Untunglah
kau pandai.” Muncung mia ke hadapan.
“Ala,
Mia pun pandai juga. Dapat 7A lagi tu! Pandai gitu.” Kasyaf mencuit
hidung sahabatnya itu. Begitulah sikap Kashaf yang pandai memujuk
Mia. Mia hanya tersenyum dan mereka terus beredar dari dewan itu
sambil membawa senyuman kegembiraan kerana segala usaha mereka
berbaloi dan dapat membawa secalit senyuman di bibir ibu bapa
masing-masing.
……………………………………………………………………………………..
Dengan kejayaan yang diperolehi, Mia terus mencadangkan agar mereka
pergi bersiar-siar di pusat membeli belah yang berdekatan dengan
kawasan perumahan mereka sebelum pulang ke rumah kepada Kashaf.
Disebabkan kenakalan mereka itu seluruh ahli keluarga mereka tidak
tahu lagi keputusan yang mereka perolehi terutamanya ibu bapa
mereka.Tepat jam 6 petang mereka pulang ke rumah. Dari luar lagi mama
Kashaf sedang menuggunya pulang.
“Kashaf
pergi mana ni maghrib baru nak balik result pon mama tak tahu, cepat
bagi tau mama !”, kata mama.
“Kashaf
,Kashaf……,” dengan tergagap-gagap Kashaf membalas. “Kashaf
dapat 8A 2B ma tapi Mia dapat 7A 3B ,” balas Kashaf sambil
tersenyum mengejek mia.
Kelihatan
mamanya tersenyum dan terus memeluk mereka. Mamanya berasa begitu
gembira dengan kejayaan Kashaf dan juga Mia yang telah dianggap
seperti anaknya sendiri. Mamanya terus menelefon suaminya untuk
memberitahu berita gembira ini. Mia terus meminta diri untuk pulang
dan bersalaman dengan Auntie Salmy ,dia sempat memukul kepala Kashaf
yang memakai topi itu.
“Mama,mama
Mia dah balik ni”, jerit Mia sebaik sahaja sampai dipintu rumahnya.
“ Ya Allah ! Mia pergi mana ,Mia nak lari rumah ke sebab result tu,
kalau sebab result mama tak akan marah Mia walau apa pun yang Mia
dapat. Papa pun sama.”, kata mama dan papanya.
“Ish mana ada Mia nak lari ,Mia pergi jalan-jalan dengan Kashaf
tadi, Mia dapat 7A 3B , oklah Mia nak naik atas dulu, kalau mama
dengan papa nak marah kejap lagi eh ”, balas Mia malas. Papa dan
mamanya ketawa melihat gelagat anak perempuannya itu.
“
hahahaha, kenapa pula kami nak marah Mia, Mia dapat keputusan yang
bagus tu, malam ni mama dengan papa belanja Mia makan ok pergi siap,”
balas mamanya sambil mengusap-usap rambut anaknya itu. Mereka
sekeluarga tersenyum gembira.
……………………………………………………………………………………………..
“Mia
!”. Pagi-pagi lagi kedengaran suara Puan Katrina yang mengejutkan
anak gadis yang amat disayangi itu seperti biasa.
“
Kamia bangun! Kalau tak bangun lagi mama naik atas siram air dekat
muka Mia. Bangun cepat!”. Jerit Puan Katrina.
Mia
hanya menjerit “ya ma” untuk membalas kata-kata mamanya.
“Ya
ma,ya ma dari tadi ya ma,ya ma tapi tak bangun-bangun”, Bebel Puan
Katrina.
Tiba-tiba
Kamia tersentak dengan kehadiran mamanya yang sedang terpacak
didepanya “Kamia! sampai hati Mia pasang pita rakaman ni,patutlah
dari tadi tak penat jerit ya ma,ya ma. Rupanya dia tidur lagi”.
Kamia
hanya tersenyum dan berlari mengambil tuala untuk ke bilik air.
“Cepat
sikit mandi ,lepas mandi turun sarapan”, kata Puan Katrina.
Selesai mandi Kamia segera turun ke bawah untuk bersarapan.
“Morning
mama,morning Mak Jah”, kata Kamia ceria.
“Apa yang morning nye dah afternoon Miss Kamia”, kata Puan
Katrina
“Yola
mama”, hanya itu yang mampu dijawab oleh Mia.
Suasana
kembali sunyi. Tiba-tiba Mia memecah kesunyian.
“
Mama boleh tak Mia nak keluar kejap dengan Kashaf,boleh la ma”,
Rayu Kamia .
“Yela,yela
tapi jangan balik lambat sangat nanti papa marah dan jangan lupa
kirim salam mama pada auntie Salmy nanti.” Balas Puan Katrina .
“Yeah ! sayang Mama”,balas Kamia.
“Mak
Jah tak sayang ?”, tiba-tiba Mak Jah menyampuk. “Mak Jah lagi
Kamia sayang”, kata Kamia sambil ketawa.
Puan
Katrina hanya melihat gelagat anak perempuannya sambil tersenyum.
Kamia segera menghabiskan nasi goreng dan air susu yang disediakan
oleh Mak Jah. Selesai makan Kamia terus mengambil bola di dalam stor
dan berjalan menuju ke rumah Kashaf yang terletak tidak jauh dari
rumahnya.
“Assalamualaikum
!”.Jerit Kamia.
Tidak
lama kemudian kedengaran suara auntie Salmy menjawab salam.
“Waalaikumussalam”, balas Auntie Salmy.
“Auntie,
Kashaf ada.?” Tanya Mia .
“Kashaf ada, dia tengah…… belum sempat Puan Salmy
menghabiskan ayatnya Kashaf terpacak di sebelahnya .bersama topi
dikepala.
“
Jom Mia !”, kata Kashaf.
Puan Salmy hanya menggelengkan kepala sambil melihat gelagat anaknya
dan anak jirannya itu yang rapat semenjak dari kecil.
“
Auntie, Mia pergi dulu ye”, kata Kamia.
“Yelah
tapi jangan balik lambat ye”, balas Puan Salmy.
“
Auntie tak perlu risau kami akan balik sebelum jam 6 dan saya akan
jaga Shaf dengan selamat hahaha”, balas Kamia sambil ketawa.
“Hey gila aku yang jaga kau nanti, kau tu nampak je gagah tapi
lembik , kucing pun kau takut hahaha”,kata Kashaf.
Kamia
terus mencubit lengan Kashaf . “Aduh ! sakitla”,. Jerit Kashaf.
Puan
Salmy hanya ketawa melihat mereka. “Bye mama”, kata Kashaf kepada
mamanya .
Mereka
terus berjalan menuju ke “court basketball” yang berdekatan dari
rumah mereka.
………………………………………………………………………………………………………
“Kalau
kau kalah hari ni kau wajib belanje aku air milo cecah biskut kat
kedai mamak sebelah tu”, kata Kamia dengan yakin.
“ Ok tapi kalau kau kalah macam biasa la air tembikai hahaha”,
balas Kashaf sambil ketawa. “Set?”, tanye Kashaf.
“Ok set!”, balas Kamia. Mereka mengikat janji untuk perlawanan
hari ini.
Setibanya
disana Kashaf terus merampas bola dari tangan Kamia dan masuk ke
dalam gelanggang.
“Main
tipu!”, jerit Kamia. Kashaf hanya ketawa nakal. Lima belas minit
kemudian satu jaringan dibuat oleh Kashaf .Kashaf menjerit
kemenangan.
“yes!
I shut the ball first !”. Jerit Kashaf.
Kamia
terduduk tanda kekalahan . Kashaf terus menuju ke arah Kamia dan
menghulurkan tangannya untuk dicapai oleh Kamia.
“
Dah jangan nak nangis jom belanje aku ”, kata Kashaf sambil
mancubit hidung sahabat baiknya itu.
Kamia hanya mencapai tangan Kashaf dengan perasaan marah sambil
mencabut “cap” dari kepala sahabatnya itu dan mencampakkannya.
“
wei gile bak balik “cap” aku”, jerit Kashaf.
“
Ambillah sendiri”, balas Kamia sambil menuju ke kedai mamak yang
tidak jauh dari situ.
“wei tunggulah aku”,jerit Kashaf kepada Kamia.
Setelah
sampai di kedai mamak , mereka terus mengambil tempat yang kosong.
Kamia hanya mendiamkan diri dengan muka yang masam.
“Mia panggillah abang tu kita kan nak order”, kata Kashaf.
“ Kau panggillah sendiri”, balas Mia.
Kashaf hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya yang paling dia
sayangi itu. Kashaf terus memanggil abang yang bekerja di situ.
“Abang
bagi saya air tembikai dan………Mia kau nak air apa?”, tanye
Kashaf. Kamia
terus
menjawab air kosong ! Kashaf ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan
sahabatnya itu.
“Okla
itu aje abang”, kata Kashaf sambil ketawa.
Tiba-tiba
Kashaf berdiri dan menuju ke kedai runcit yang bersebelahan dengan
kedai
mamak
tersebut. Selesai membeli dia memesan sesuatu dari abang yang bekerja
di situ tadi.
Setelah
selesai dia duduk semula ke tempatnya.
“
Woi gile kau cakap ape hah kat abang tu, kau saja je nak malukan aku
kan !”, kata Mia geram.
“
Mane ada apa-apa aku borak-borak je dengan abang tu ,takkan tu pun
salah hahaha
,Hah
aku tahu kau rindu kat aku kan. Takkan sekejap je aku pergi kau nak
rindu hahaha”, balas Kashaf sambil ketawa .
“ Please la aku nak rindu dekat kau”, balas Mia sambil
memuncungkan mulutnya.
Kashaf
tersenyum melihat gelagat Mia. Lima minit kemudian air yang mereka
pesan pun
sampai.
Mia terkejut dengan kehadiran air milo di hadapannya .
“
Ape tengok-tengok minum je lah, aku kesian dekat kau, nah ambil
biskut ni, kau kan
tak
nak minum kalau tak ada biskut ni hahaa”, balas Kashaf.
“ Hahaha aku tahu kau mesti belikan aku. Kashaf tengok mama kau
datang !”, balas Mia
sambil
menuding jari ke arah belakang Kashaf sambil ketawa. “ Sayang kau”,
kata-
kata
itu terus keluar dari mulut Mia sebaik sahaja Kashaf memandang ke
belakang.
Kashaf
tersenyum mendengar apa yang di katakana oleh Mia . Sememangnya
mereka
berdua
tahu perasaan masing-masing. Mereka ketawa sambil minum bersama-sama
. “sayang
kau
juga”, kata Kashaf di dalam hati.
…………………………………………………………………………………………………..
3
bulan kemudian………..
“Mia esok aku dah nak pergi matrik dah, kau jangan rindu aku tau”,
kata Kashaf.
Tiba-tiba
suasana menjadi sunyi. Hanya mereka sahaja yang masih berada di taman
itu.
“ Kenapa awal sangat kau nak pergi , tak payah la, pergi U sama
aku je la”. Balas Mia
sedih.
Kashaf turun dari bangku dan duduk sambil mendongak ke arah Mia .
“Woi
jangan la sedih sangat ,nanti aku call kau , mesti kat U nanti kau
jumpa kawan yang
lagi
baik dari aku kan?, tapi yang pasti tak comel, tak cute, tak bijak
macam aku kan hehehehe,”
kata
Kashaf. Kashaf hanya tersenyum sambil mengungkapkan kata-kata itu.
Dia hanya ingin
menggembirakan
kawannya itu. Tetapi dalam hatinya terasa berat untuk meninggalkan
sahabatnya itu. “Dah jangan sedih-sedih”, pujuk Kashaf.
“Kau
jangan lupa dekat aku tau,” balas Mia .
“ Takkan lah aku lupa dekat kau”, kata Kashaf. “ Kita kan
kawan”, mereka serentak
menuturkan
kata-kata itu.
Petang
ini suasana menjadi kelam dan mereka tiada lagi mood untuk bermain
“basket”. Mereka
duduk
di bangku taman itu sambil merenung ke awan. Mungkinkah kenangan ini
berulang
kembali
atau terus menjadi kenangan.
………………………………………………………………………………………………….
Pagi-pagi lagi Kashaf sudah bersiap untuk bertolak .Mama dan papanya
memasukkan
begnya
ke dalam kereta . “Oklah ma jomlah kita gerak nanti jalan sesak
pula”, kata Kashaf.
“ Hoy Shaf takkan kau nak pergi tanpa “ say good bye” dekat
aku”, Mia menuturkan kata-katanya sambil menitiskan air mata.
“Eh tak ,aku nak pergi rumah kau dulu tadi, dahlah jangan nak
nangis.Aku
mesti
rindu dekat kau.” Balas Kashaf. “Kau mesti ingat kalau aku balik
jumpa dekat “court”
ok!”,
kata Kashaf.
“Dan lagi satu kau mesti ingat yang “kita kan kawan”, kata-kata
itu sekali lagi terkeluar dari bibir mereka serentak. Kashaf memeluk
Mia sambil air mata jantannya jatuh ke bahu Mia.
“Mia
,Shaf dah jangan nangis lagi kalau cuti mesti korang jumpa”, pujuk
Puan Katrina.
Puan
Katrina tahu pertalian yang dibina semenjak kecil menjadikan ikatan
itu sukar untuk
diputuskan.
Kashaf sempat mengusap kepala Mia sebelum beredar masuk ke kereta.
Mia
membalasnya
dengan memukul kepala Kashaf menggunakan topi yang ditinggalkan
Kashaf
petang
semalam di taman.
“
Hey jangan lupa topi ni ,kan aku bagi kau masa birthday kau
dulu”,kata Mia. “ Eh aku
takkan
lupa la, kau sentiasa ada dekat dengan aku, dan kau jangan lupa jaga
Mimi anak patung
kat
beg kau tu yang aku bagi masa birthday kau tu,” balas Kashaf sambil
menuding jari ke arah
beg
yang dipakai oleh Mia .
Mereka
tersenyum bersama-sama. Kashaf terus beredar masuk ke dalam kereta.
Belum sempat dia menutup pintu, dia keluar sekali lagi untuk memeluk
kawannya itu sambil menitiskan air mata. Dia tidak tahu mengapa
hatinya terlalu berat untuk meninggalkan Mia. Kashaf terus melepaskan
pelukan itu dan beredar.
………………………………………………………………………………………………………
2
bulan kemudian….
“
Mama,mama cepatlah nanti Mia lambat daftar”. Jerit Mia.
Hari
ini adalah hari pendaftaran Mia di Universiti. “Ya, ya mama dah
siap ni. Mia pergi
tolong
papa angkat barang masuk dalam kereta ya”. Kata Puan Katrina.
Setelah selesai mereka
pun
bertolak ke UITM Melaka. Sampai sahaja di sana Mia terus mengangkat
barangnya ke
dalam
bilik. Puan Katrina dan Encik Sofian membantu anaknya itu berkemas.
Selesai berkemas ,
Mia
bersalaman dengan mama dan papanya. Dia memeluk mama dan papanya
seerat-eratnya.
Selama
ini dia tidak pernah berenggang dengan ibubapanya. Puan Katrina juga
bimbang dengan
kesihatan
anaknya. Dia tahu selama ini Mia tidak pernah menunjukkan yang dia
lemah walaupun
dia
berpenyakit. Tidak ada sesiapa yang tahu tentang ini.Walaupun berat
dia mesti memberi Mia
peluang
untuk mencapai cita-citanya.
………………………………………………………………………………………
“
Hello Mia ada”. Kata Shaf yang memegang telefon bimbitnya di
telinga.
“Hah
aku ni mia. Woi Shaf bila kau balik, camne kat sana banyak awek cun
tak hahaha.”
Balas
Mia sambil tersenyum lebar.
“Haha
aku baru balik. Ni yang aku nak cerita kat kau. Aku jumpa satu minah
comel ni .
aku
rasa aku suka dekat dia kot. Hahaha”. Kata Kahsaf sambil ketawa.
Mia
hanya tersenyum di dalam talian. Dia turut bahagia jika melihat
sahabat baiknya itu
bahagia.
Dia harap perempuan yang dikatakan Shaf itu dapat menjadi kawan Shaf
yang terbaik
sepertinya
apabila dia tiada nanti.
“Baguslah
tu ! nanti kau kenalkan aku dekat dia tau. Esok bawa dia ok. Kita
jumpa tempat biasa.” Balas Mia.
“Ok.
Aku tunggu kau dekat ‘court’ dengan Yana tau. Kau datang sendiri
ok.” Balas Kashaf gembira.
Mia
sekali lagi hanya tersenyum dan baru mengetahui gadis itu bernama
Yana.
………………………………………………………………………………………………..
“Woi
Mia kenapa lambat. Ni aku kenalkan Yana.” Kata Kashaf sebaik sahaja
Mia sampai.
Mia
menghulurkan tangan kepada Yana untuk bersalaman sambil tersenyum.
Mereka duduk di bangku bertiga. Kashaf ghairah bercerita tentangnya
dengan Mia kepada Yana. Yana hanya tersenyum dan sesekali tergelak
mendengarnya. Jam menunjukkan pukul 5. Kashaf meminta diri untuk
beredar. Dia ingin belanja Yana minum di kedai mamak yang biasa dia
pergi bersama Mia.Mia hanya tersenyum dan beredar pulang. Mia tahu
dia tidak lagi penting bagi Kashaf dan dia juga tahu yang dia tidak
akan dapat membahagiakan Kashaf buat selamanya. Mia beredar sambil
menitiskan air matanya. Dia mengesat hidungnya yang tiba-tiba
mengeluarkan darah.
…………………………………………………………………………………………………
Sesampai
sahaja di rumah Mia berasa pening dan pengsan di depan pagar rumah.
Mama dan papanya yang baru sahaja keluar terkejut melihat keadaan
itu. Papanya terus membawanya ke hospital. Doktor menasihatkan Puan
Katrina dan Encik Sofian supaya segera melakukan pembedahan terhadap
Mia. Sebelum ini mamanya hanya ikutkan Mia yang ingin melakukan
pembedahan itu selepas berjumpa dengan Kashaf. Dia hanya ingin
melepaskan rindunya terhadap sahabat yang paling dia sayangi itu.
Kali ini Puan Katrina dan Encik Sofian membuat keputusan untuk
melakukan pembedahan itu esok, walau apa pun yang terjadi.
………………………………………………………………………………………………..
“Mama,
mama kenapa rumah Mia kosong aje. Mereka sekeluarga pergi ke mana?”.
Soal Kashaf sambil termengah-mengah.
Mamanya
hanya terdiam tanpa kata-kata. Dia sudah berjanji kepada keluarga Mia
untuk merahsiakan tentang ini daripada Kashaf.
“Mama
kenapa diam cakaplah cepat”. Kata Kashaf seperti memaksa.
Puan
Salmy tidak sanggup melihat anaknya begitu.
“Sebenarnya
Mia sakit jantung berlubang. Dia dekat hospital sekarang. Hari ni dia
akan menjalani pembedahan. Kalau Kashaf nak ikut jom ikut mama dengan
papa sekarang.” Terang mamanya perlahan.
……………………………………………………………………………………
Sampai
sahaja di hospital Kashaf terus mendapatkan mia yang sedang
terlantar.
“
Woi Mia sampai hati kau buat aku macam ni.ish…………..” kata
Kashaf sambil memegang erat tangan sahabatnya itu. Kashaf terus
menerus mengalirkan air matanya ketika menutrkan kata-kata. Dia tidak
dapat lagi menahan rasa sedihnya.
Mia
hanya terdiam. Tiba-tiba air matanya terus mengalir.
Mia
terus memeluk erat tubuh sahabatnya itu kerana dia tahu hidupnya
akan berakhir bila-bila masa sahaja.
“Kau
tak boleh buat aku macam ni Mia. Kau mesti ingat yang aku sentiasa
perlukan kau. Kalau kau tak ada, siapa yang akan main ‘basket’
dengan aku ? siapa nak teman aku minum dekat kedai mamak? dan siapa
nak jaga aku?”. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Mia.
Mia
hanya tersenyum sambil menangis mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“
Shaf kau jangan cakap macam tu. Yana kan boleh jaga kau kalau aku tak
ada nanti. Kau jangan lupa aku tau.” Kata Mia sambil menarik
nafasnya yang tercungap-cungap itu.
“Mia
aku tak nak. Aku nak kau juga. Esok kan hari jadi kau, aku dah beli
lagi satu patung untuk kau . Aku bagi nama dia, Mia. Aku harap dapat
bagi Mia bear dekat kau esok.” Kata kashaf sambil tersenyum,
walaupun masih mengalirkan air mata.
Ibubapa
mereka hanya melihat dan turut sedih dengan apa yang terjadi .
“
Aku pun harap dapat jumpa kau dan Mia bear esok dan lagi satu aku nak
kau ingat yang kita kan ka….ka…” Balas Mia tergagap-gagap.
Tiba-tiba
percakapan Mia terhenti di situ dan saat itulah Mia tidak ada lagi di
dunia ini.
“Mia!
Jangan pergi Mia. .Bangun Mia. Bangun.” Jerit kashaf sambil memeluk
tubuk kaku sahabatnya itu.
………………………………………………………………………………………..
‘
Mia , walaupun kau dah tiada, kenangan kita akan sentiasa bersama
aku. Dan Mia bear akan sentiasa aku jaga’. Bisik kashaf di dalam
hati sambil memegang anak patung yang dibeli untuk Mia itu.
Hanya
kashaf seorang yang masih termenung memandang awan di bangku taman
itu. Dia menggoyang-goyangkan kakinya seperti hilang arah. Mulai hari
ini dia mesti menerima kenyataan bahawa Mia sahabat yang sangat,
sangat disayangi itu telah pergi.
HAPPY
BIRTHDAY MIA!
I would love to read your novel. :)
ReplyDelete